hai assalamualaikum.
well halloooo. since aku tengah study kat UTM jb ni, dan dah dekat sangat dah dengan seberang sana iaitu singapore, jadi harus lah luangkan sedikit masa untuk terjah ke singapore sana tu. maksud tersurat memang ke singapore, tapi maksud tersirat ialah luangkan sedikit duit ke USS SINGAPORE.
nasib baik pergi masa weekdays so orang takde lah ramai sangat. before ke sini aku banyak jugak buat research dengan baca blogger review pasal USS ni. cewahhh siap research lagi kau! kemainnnnn! haha. so meh aku kongsikan sikit tips.
tips :
- better duduk kat tune TUNE HOTEL and ambil sekali pakej ke USS dari sana. mudah cepat jimat. takyah penat nak naik MRT. believe me, kalau korang naik mrt dari jb ke USS, masa pergi ke memang tak terasa penat, tapi bila nak balik semula ke jb, korang akan rasa tapak kaki korang tu tercabut satu satu. haha
- bawa botol air banyak. botol kosong i mean. sebab kat USS tu besauu bebonar penat nak jalan dahlah panas. haih iklim khatulistiwa khen! air boleh direfill kat mana mana tempat. dan the toilet, takde air langsung. so be prepare oke
- pakai pakaian yang sesuai dan menyerap peluh. better takyah pakai heels ke baju lace lace bagai ke. sebab berpeluh bagai air mencurah curah.
- bawa cikedes macam roti, coklat, gula gula untuk menguyah. jangan risau, peraturan tak berapa ketat. so boleh makan keropok twistes masa tunggu turn nak naik all the rides.
- better main semua rides then baru lah kejar semua kartun kartun tu. sebab kalau tak korang akan bazirkan masa yang lama untuk tunggu turn. oh jangan lupa ambil map USS once u enter.
- cabar diri dengan naik semua rides yang ada, baru lah adrenalin rush katanyeeee. sayang kalau tak naik, lepas naik rasa cool, smart, gagah sebab dapat cabar diri naik rides tu. hihi
ni paling wajib. all the jakuns around the world akan bergambar kar sini. termasuk aku la kenn.
padahal globe ni kat luar USS je pon. takyah masuk pon boleh je bergambar kat sini. hikssss
happy face,poker face.
mehh nak tunjuk. yang biru tu paling mencabar aku rasa. nyawa dihujung track rollercoster. menjerit sampai nak tercabut anak tekak. kehkehh. yang the red one is better than blue.
transformer 3D, nampak sangat effect 3D nyaa sampai bergegear gegar gambar ni. @__@
streetdance. bboy. dah macam showdown pulak aku nengok.
public library, aku membajetkan diri dengan berposing macam model. tapi yang sebelah tu macam kaku macam patung macam takde pape kannn? haha hai laaa encik sayangg.
sing along with sesame street. sing singggg alongggg. ni kartun zaman aku hingus meleleh lagi. oldskool. terutama zhe bigbird haha
makan sebentar bersama nasi arab. luckly ada kupon makan 10dolar.
far far awayy. tak jumpa shreek pon. sedihh. fiona pon sama. maybe fiona cuti bersalin?
egypt. patung besar kemainn. rollercoster dalam ni terbaik. siap reverse bagai. tertinggal jantung kat depan.
kemain makcik sebelah aku tu cuit bahu aku, suruh follow gaya dia posing before ambil picture ni. fine fine. mentang mentang aku bukan fotogenik. FINE!
feeling menang OSCAR. im the BEST GIRLFRIEND AND THE BEST WIFE to be. kekekeke
nak jugak? nak ambil semuaaaaaaaaaaa
sesame street. lupa nak tanya kenapa dia duduk dalam tongsampah hitam tu? kenapa kenapa?
yang paling aku cari sebenarnya. dari mula mula masuk sampai la dah nak balik baru jumpa dia ni. marilyn monroe! eksited terus lari kedek kedek tangkap gambar dengan minah ni.
cukup lah sekadar itu sahaja. aku percaya korang semua berbulu biji mata tengok gambar banyak sangat kann? haha. nasib badan.
till then. :)