Showing posts with label love love. Show all posts
Showing posts with label love love. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

he's coming


assalamualaikum


siapa dah pergi legoland?


tahniah la kalau siapa dah ke legoland tu. walaupon UTM boleh dikatakan sebelah legoland tapi aku tak masuk pon lagi.

why? sebab ramainyaaa orang ya ampun. berpanas lagi. carapark pon agak jauh. maka aku lupakan hasrat nak kesana. maybe next time :)



jadi hanya dapat tangkap gambar signboard je. kahkahh.







johor premium outlets :)







puteri harbour. well belakang tu kepunyaan aku :P







ze outfits






terima kasih sebab awak datang <3


thanks for reading

Saturday, April 28, 2012

give and take away

assalamulaikum


ape akan jadi kalau satu satu masa tu asyik kita je yang memberi sedangkan pihak yang satu lagi asyik nak ternganga menerima. nanti takde la istilah GIVE AND TAKE bak kata omputih kan kan?






macam mana pulak dalam percintaan? pihak sini beriya memberi seikhlas hati sedangkan pihak 1 lagi menerima dan kadang kadang langsung tak menghargai apa yang diberi. ucapan terima kasih pon jarang sangat keluar dari mulut mereka. sooo sad!



situasi si gilpren ni masak untuk si boypren tapi si boypren boleh pulak mengutuk kaw kaw punye, berdarah jugak lah hidung si gilpren ni nak mengawal kesedihan. hukhuk. kalau setakat kutuk kutuk manja boleh la diterima tapi kalau siap masuk fb memang nak kene lempang la kan!



situasi si gilpren belikan something untuk si boyprend. lumrahlah kalau namanya perempuan, asal jumpa benda yang suwett manis mesti nak beli kan. alang2 beli untuk diri sendiri baiklah beli sepasang supaya boleh bagi kat boyprend juge. PAIR PAIRING GITU! tapi si boyprend pulak tak suka pastu langsung tak pakai baju yang diberi, kan nampak macam tak hargai pemberian orang. =='



aku rase KAUM LELAKI agak susah nak cakap TERIMA KASIH or HARGAI PEMBERIAN ORANG. kan?



k bai :)


notakaki: jage hati orang walaupon kita taksuka dengan pemberian tersebut. sekali sekala buat orang gembira tak salah kan?

Monday, January 2, 2012

simptom bercinta lama lama

sape yang bercinta lama lebih 5 tahun akan mengalami simptom2 begini::


*asal mesej je lambat lambat je balas*

haa yang ni kepantangan aku. sejam kemudian baru balas. lagi2 kalau ada bende urgent,kita mesej dia dan kita pulak takde kredit nak kol dia, haihh menyirap je! grr


*tak suke bergayut lama lama*

ni pon sama. dulu masa baru baru fresh fresh kapel kalau boleh nak lekatkan nset tu kat telinga supaya boleh bergayut 24/7. haha. topap jangan cakap la. boleh kaya mamak kedai runcit tuu. asal ada duit buat super savers pastu bergayut la kau dari jam 12 mlm sampai 12 pagi.


*mesej balas pendek2*

owhhh @ ok @ k @ yeke? ha tu salah satu contoh laa. perempuan memang suka mesej panjang2 atas alasan nak jimat kredit. tapi dia balas pendek2. sakit jiwa dibuatnya,


*asal dating asyik2 pegi tempat yang sama*

asal dating tengok wayang, pastu pegi shopping complex jalan jalan cuci mata.makan kat kfc, mcd, pizza, lepas tu karoke, then balik, bosannnnn ZZZZzzzzZZZ

*lupa tarikh2 penting*

contohnya bezday,or anivesery ke, asyik lupaa jee, tak pon buat buat lupa sebab tak nak gf/bf claim hadiah, alaaaaaaa. bukan hadap sangat dengan hadiah2 tu semua, yang penting ingatan tulus ikhlas. heeeeeeee




khatamkan buku ni dulu, hehe.

* simptom2 tu ramdom je taw, takde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati *

k babai

selamat tahun baru, hai dua ribu dua belas! semoga anda membawa keceriaan dalam hidup saya.






Tuesday, December 13, 2011

wordless wednesday ^4: F I V E


assalamulaikum :)

I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you.










haireena <3 <3 <3 :P




Thursday, December 8, 2011

setialah.

setialah
setialah pada dia,
sayangi lah hubungan yang dibina atas dasar cinta
hargailah dia semasa ada,
kenangilah semua kenangan yang dibina,

setiap orang ada kurang nya,
setiap orang ada lebih nya,
terimalah seadanya,

cubalah untuk setia,
andai tak mampu setia,
pergilah dari hidupnya.




kerna setiap perpisahan akan ada pertemuan lain.





*jiwangssssssssssss*
:)

Tuesday, November 8, 2011

the apple in my mind

asslamualaikum


benar lah kata orang tua
membencilah seseorang itu sekadar saja,
berkemungkinan yang dibenci itu menjadi kesayangmu kelak,
cintailah seseorang itu sekadar saja,
berkemungkian kecintaan itu akan jadi kebencian mu kelak.

4.11.2006.

kita 1 sekolah yang sama , kita sekelas dan kita juga sering bergaduh, macam anjing dan kucing. setiap kali apa yang aku buat,kau sering mengutuk,menyakat. sakit hati aku. kadang kadang geram sampai mahu ku nyahkan kau dari dunia ni, sampai begitu sekali kebencian aku terhadap kau.namun semua nye berubah sekelip mata. ehem yang benci bertukar menjadi sayang.




4.11.2011

tahun ke tahin kita bersama. akhirnya genaplah 5 tahun kita berkawan. suka duka kita tempuhi bersama. aku sering merungut tapi kau tidak. aku sering merajuk dan kau memujuk. aku sering ucapkan perkatan perpisahan namun kau tak pernah ambil kesah. kerana kau tahu aku hanya bergurau.kau sabar dengan kerenahku yang kadang kadang terlebih lebih.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.





andai namamu yang tertulis dalam Loh Mahfuz untukku. aku redha.:)


5 YEARS AND STILL COUNTING.



Monday, October 31, 2011

teaser: counting.

assalamualaikum.


bulan november.

menghitung hari.


ecece, poyo nyew kau. :P





babai :))