Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, September 7, 2012

op op open house

assalamulaikum



walaupon op op oppa gangnam style masih hangat diperkatakan, tapi op op open house masih releven juga untuk dibicarakan. patutnya aku boleh buat parody op op open house last week.a lang alang datang open house pastu suruh makcik tu joget2 sikit. haaaaaa lepas tu masukkan dalam utube. mana tau kot ade yang terbekenan nak jadikan kami ni duta F1 macam PSY yang femous amos tu kan?



ehhh lari topic......




last friday family aku ade buat open house sikit. ada la jugak 2 3 kerat member yang datang sebab yang lainnya dah datang beraya before tu. yang lagi 14 kerat kawan ayah dan juga kawan setaman.




some food.







birthday girl rania damia. 31 august :)







mira is all the way from melaka. thnks yawww for caming :)







haikal. thnks for coming love :)






me! akward kan baju merah tapi kain hijau. nak jadikan cerita kain tertinggal kat JB so i dont have choice. pakai jelaaa labu!




kawan2 yang lain thnks for coming. yang tak dapat datang raya tahun depan wajib datang k :)


thnks for reading :)


Monday, August 27, 2012

eid fitri

assalamulaikum

salam aidilfitri semua. harini syawal ke 9 ye adik adik. cepatnye masa berlalu. memang aku paling ketinggalan zaman update pasal raya ni. well takpe lah. biar orang lain update dulu since aku pon buzy beraya sana sini. ecehhh! haha

raya tahun ni as usual di klang selangor. klang its not a real kampung la sebab situ pon dah macam bandar. malam sebelumnya busy mengemas rumah nenek pasang langsir sebab hanya aku dan adik aku nina saja yang boleh diharap untuk buat semua tu selain makcik2ku.





tema tahun ni. silver hitam. mostly ramai gak yang warna silver tahun nj :)






me







masih layak menerima duit raya oke!










beraya dengan my bff :)













raya dengan haikal <3


selamat hari raya. thanks for reading:)


Thursday, August 16, 2012

balik kampung!

assalamulaikum


packing all my stuff for balik kampung yeayyy! done!

  • pastika semua barang yang akan dibawa mencukupi supaya nanti takde lah mencari kedai runcit semata mata tertinggal berus gigi dan pencuci muka.



  • pastika baju cukup sepanjang kat kampung. kalau takcukup sila isi borang dan buat peminjaman kain batik atau baju kelawar nenek untuk dipinjam. kekekekke



  • for those yang driving, pastikan dapatkan rehat yang secukupnya. tapi takboleh rehat yang berlebihan nanti lemauuuu je sepanjang hari




  • dapatkan jadual perjalanan seperti yang dalam tv or sotkabar supaya tak jemm bila balik kampung nanti




  • pastikan selimut dan bantal busuk turut dibawa bersama takot2 nanti seminggu kau kat kampung dan seminggu tu lah kau tak dapat tidur gara gara bantal busuk tinggal kat umah





  • pastikan ubat ubatan seperti ubat gatal2,ubat astma, ubat batuk dibawa. kelinik tutp wooo arya raya nih!





  • sediakan sepaket tisu dalam handbag semasa di pagi raya supaya baju raya yang the vass tak rosak dek terkena airmata.




  • pastikan semua pintu rumah dan reban ayam atau kucing dan dimangga seketatnya sebelum balik ke kampung. nanti hilang pulak tv plasma 234 inci tu nanti.





sediakan duit tol dan minyak yang mencukupi kalau tak sila tolak kenderaan anda sejauh 244km untuk sampai ke rumah nenek.





  • akhir sekali. sediakan duit angpau sebanyaknya jika anda sudah berkerja. tapi jika belom berkerja seperti saya, sila sediakan uncang duit raya yang besar dan sila luaskan tadahan tapak tangan semasa bersalaman dengan sahabat dan saudara. hakkkhakkkk





dont texting while driving =='




salam aidilfitri dari anisereena / nisa anis lola / belog nisa lola :)






Wednesday, August 15, 2012

"Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari ANNAS EASKEY "

assalamulaikum

phewwww. mood raya dah datang yeayyy! currently bilik memang tengah bersepah gara gara packing baju utk balik kampung esok. tak sabar nak kumpul duit raya. sape cakap kalau dah besar panjang tak boleh dapat duit raya? haaa tipu tipu!

kalau photographer terkenal nak bagi duit raya dengan mudahnye harus lah aku pon nak join sekali kan. siapa sini tak kenal ANNAS EASKEY ? harus kene lempang laju laju taw. sebab beliau adelah photographer yang memang meletop pom pom vassss gitu macam mercun bola. aku memang sangat sangat adore hasil kerja beliau yang memang dabomb tu :) tak caya kelik sini

Saya suka Annas Easkey kerana

beliau memang dilahirkan dengan bakat jarang ada pada orang lain. memang ramai photographer dalam malaysia ni tapi hasil kerja yang dihasilkan oleh ANNAS EASKEY sangat sangat berseni. yeahhh aku kagum dengan annas sebab beliau amsih muda dan sangat berjaya. even dulu masa beliau still study at uitm annas dah start dalam bidang ni. well sangat memberi inspirasi kepada sesiapa utuk berjaya even masih belajar. hasil kerja yang memang tiptop. first aku kenal dan follow blog annas from blogger femes fatin liyana. well even annas dah shoot ramai retis retis feymes tapi beliau still tak sombong. setiap gambar yang dihasilkan sangat berkualiti dan first time tengok aku dah boleh jatuh cinta pada hasil kerjanya :)











Baju Raya saya bewarna

yeay! alhamdulillah tahun ni baju raya warna silver utuk hari pertama. semua 1 family pakat pakat pakai warna silver. warna merah tema utk raya kedua :)



kata-kata semangat buat Annas Easkey

to annas, sebagai rakyat malaysia aku bangga dengan hasil kerja yang dihasilkan yang memang setaraf dengan bangsa asing. dan setiap photo yang dihasilkan ade nilai seni yang sangat tinggi. yeahhh aku pon teringin nak shoot dengan annas if ade rezeki kan. heeee. jangan mudah putus asa dengan setiap apa yang dilakukan. dengar dan fikir semula setiap komen negative dan positif yang dilontarkan oleh masyarakat luar sana. then perbaiki segala kelemahan diri. untuk berjaya kita kena mulakan dari bawah dan sabar setiap cabaran yang ALLAH berikan. Dia takkan menguji kita jika kita tidak mampu utk mengharunginya. so annas keep it up oke! capai semua impian annas dan yakin setiap apa yang dilakukan.

selamat hari raya :))



Thursday, September 15, 2011

raya cuma sehari tapi syawal sebulan.


assalamualaikum.
oke i have to say that i stilll alive. pehhh. yes yes! walupon lame menghilangkan diri dan aku mengaku dah lame gilaaaaaaaaaaaaaa tak hupdate blog nih. sian kau belog. dipinggirkan,

so well. kita still dalam bulan syawal rite. so tak terlambat nak ucap
SELAMAAAAAAAAAT HARIIIIIIII RAYAAAAAAAAA
*eksited gila dengan harapan ada orang jemput pegi open house.

blogger2 lain pon busy2 hupdate cerita raya tapi aku baru nak terkedek-kedek ibarat itik pulang petang nak hupdate pasal raya. nasib kau la. sape suruh takbayar berukband. "________"

asal ek makin lama raya makin tak meriah?
ke sebab kita ni dah besaaaa dan takdapat duit raya?
atau pon dah la takdapat duit raya kena pulak spend duit raya utk kanak2 oleh kerana aku ni dah kerja?

peh . persiapan sebelum raya mengalahkan orang nak buat kenduri. asal jalan kat bazar mesti nak membeli. boleh kata tiap2 malam nak pegi bazar kononnya nak carik shawl. padahal shawl yang kat rumah tu entah bilanye nak pakai.

asal pegi jalan tar tgk baju tu baju ni. baju kurung entah berapa pasang. last2 tergantung dalam almari sebab taktahu nak pakai bila. tu belum lagi kuih raya. kalau boleh biaq penuh 1 almari kat dapur tu. last2 aku jugak yang bawak opis bagi chinese2 tu makan. open house eh open opis laaa.

tyme puasa pong pang bunyi mercun sana sini. tapi bila lepas raya senyap sunyi je. mana mercun mana mariam? lagi satu lagu rayaaa. kata syawal sebulan tapi tyme nak raya je banyak gilaaaaaaaaaa lagu raya dekat radio sampaikan nak benanah aku dengar. bila dah raya, takde pon. sekali dua je dalam sehari tu.

eh kejap. nak selit gak pic raya aku lah. so ni macam iklan la. ehemm.









ehem entry ni berkaitan ngn diri aku, kalau rasa sama atau terofended bak kate omputih harap dimaapkan. hihi.

babai.:)


Sunday, August 28, 2011

raya raya rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!


assalamualaikum

pehhh lame da tak update blog tercomel ku ini. *bajet macam orang bace je.,*

sedih rasenye bila kita akan tinggalkan bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ni. harap2 tahun depan kita akan jumpe bulan mulia ni. insyALLAH. dan alhamdullilah aku dah selamat sampai di kampung ku. MERU,klang. acc takde lah kampung sangat. sebab kalau ikotkan KLANG ni boleh dikira sebagai bandar. berbanding kawasan2 lain.

dan keadaan traffic semalam time aku drive berjalan lancar sebab nya aku ni menghala ke kuala lumpur while yang lain semua menghala ke selatan atau timur atau utara. tetibe dah masuk berita traffic la pulak.

haha. so now i'm currently tengah tunggu daging dan tulang lembu untuk dimasak kari, pehhh.
macam biasa kalau kat kampung aku menu sup tulang atau kari tulang adalah menu WAJIB.

walaupon takde org nak bace blog aku nih. bak kata adik aku erlina bunga*nina bajet!
aku still nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA! ampunkan segala salah dan silap aku semasa post entry kat blog nih. aku manusia biasa tak terlepas melakukan salah. *ayat klise.

ehh raya jempot2 la datang rumah. nak alamat rumah aku? korang google je kat internet tu, sure takkan kuar punye.

oh oke. babai.:)


SELAMAT HARI RAYA


OHH. ENTRY NI TAKDE PICTURE TAW.
SEBAB NYE TAKDE GAMBAR YANG BEST,HEHE.
ENJOY YOUR RAYA PEEPS!

Sunday, July 31, 2011

puasa tipu tipu

nostalgia bulan puasa. aku rase semua orang ade nostalgia kan? tak kira la zaman kecik ke. zaman anak dara ke.zaman tua bangka ke.


puasa yang yuk pagi pagi bukak periuk. haha.ayat tu selalu ditujukan utk budak2 kecik yang suka puasa tipu tipu. aku pon tak terkecuali.



bila ayah tanye "kakak puasa tak harini??


aku dengan bangga akan jawab "ehhh mestilah. kakak baik taw. tak ponteng puasa 1 hari pon"




padahal sebelum tu aku dah tenguk 3 gelas air sejuk depan peti ais kat dapur.makan kurma la ape2 makanan yang boleh dimakan sekali gus tanpa meninggal kesan.makan dengan cepat dan pantas sebab nanti takot kantoi.



bila mak datang dapur. buat2 la cuci pinggan ke, kemas dapur ke. tu belum kes aku dengan adik aku makan kuih raya dalam balang lagi. mak pon pelik tengok kenapalah kuih makin susut padahal 1 rumah berpuasa.



bila da baligh, or da jadi anak dara. semua maklum yang kaum perempuan akan dikecualikan berpuasa bila bendera jepun berkibar. so aku pon tak kecuali. sanggup makan nasik senyap2 dalam bilik walaupon mase tu kol 12 tghari. kena menyorok dari adik aku yang bongsu tu sebab dia kecik lagi. karang kalau kantoi habis la tercemar imej aku. makan dengan lahap dan haruslah lapar sebab malas nak bangun sahur.


tapi 1 hari tu terkantoi la dengan adik aku yang bongsu tu. dia nampak aku makan dalam bilik pastu sebok2 tanye


"kenape kakak makan? tak puase ehhhhhh?? kakak ponteng eaaaaaa???"


*__________________________*

maka tercemarlah imej aku sebab dia pegi tanye kat mak aku dan paling malang dye bercerita kat jiran sebelah rumah. grrrrrrr. sebaik mak ade nak backup aku. haiiihhh!



tu nostalgia aku. korang pulak?


alhamdulillah. malam ni masuk 1 RAMADHAN.

makne nya kita masih lagi berpeluang jumpa bulan RAMADHAN yang penuh dengan keberkatan dan kebaikkan ni. haruslah bersyukur kpd ALLAH sebab panjangkan umur aku dan korang2 utk jmpe bulan RAMADHAN ni.


RAMADHAN bulan yang penuh kebaikan. bulan yang mewajibkan umat2 nya berpuasa disiang hari. ehhh tapi bukan puasa makan je tapi sume aspek la. jage mata, lidah, telinga. macam2 la. puase mata dari shopping makanan banyak2 masa kat bazar. puasa lidah dari mengumpat2. puasa telinga dari mendengar umapatan.




babai.:)