Monday, June 27, 2011

pantang orang tua tua


assalamulaikum

zaman dulu dulu. banyak betul pantang orang tua tua. ada je benda2 yang tak elok. itu salah ini salah. jangan buat tu jangan buat nih. macam macam lah.

pantang 1*

kalau masak kat dapur dilarang menyanyi sama sekali. miming macam cikgu syida pon tak boleh taw. nanti dapat suami tua.

rasional 1* sebab ape tak boleh menyanyai masa masak? sebab air liur korang tu dikhuatiri akan masuk dlm lauk yang tgh dimsak. menambahkan perisa yang sedia ada . lagi2 kalau hangpa sume tak gosok gigi sebelum turun ke dapur. haha.

rasional 2* dapat suami tua pon oke apeee. lagi2 yang kaya raya macam datuk k tu. untung2 jadi jutawan, hartawan. *mata duitan.:P

pantang 2*

kalau anak dara dilarang duduk kat tangga sebab nanti tak laku. takde sape yang nak meminang anak dara yang suka duduk kat tangga.

rasional 1* sebabnye kalu anda pakai kain lepas tu duduk kat tangga. dikhuatiri ternampak segala mca bnde dalam kain tuh. tteeeettt. kan tak manis tu namanye
rasional 2* kalau nak duduk jugak kat tangga sila pkai seluar ye . haha

pantang 3*

dulu masa skolah. sume orang guan pensil kayu. ala yang 2B tuh. kalau nak tajam kan pensel tu kene korek pakai pengorek pensel. dan kawan2 aku suke pesan jangan korek pensel tu sampai pendek sampai kurang dari jari kelengkeng kau. nanti mak korang mati cepat.

rasional 1* apekahal? ajal maut dikaitkan dengan sebatang pensel yang pendek? haha. tu zaman skolah der,. sangat2 noob. sebabnye kan ke susah kalau guna pensel yang dah pendek utk menulis. tulian po jadi cakar ayam .sebab tu orang2 tua create pantang tu.

pantang 4*

berkaitan dgn pensel jugak. kita tak boleh korek pensel kayu tu depan belakang sama sekali. nanti ayah kau pulak mati.

rasional 1* sama macam pantang 3 tapi ni ayah pulak yang mati. lagi laaa tak logik. haha.. tapi antara sebabnya ialah bahaya. kan pensel tu dikorek depan dan belakang. jadi takut kalau2 mata pensel yang balakang tu tercocok mata korang.

rasional 2* jangan la guna pensel kayu lagi. gunalah mechenical pensel berjenama pilot supaya dapat result cemerlang.:P

pantang 5*

kalau lepas makan, kita mesti kene tuang air sikit kat pinggan kita. ala kalau engkau makan sampai licin sekali pon. wajib titikkn air minuman kat pinggan korang tuh. tak kira la air sirap ke. jus oren ke.

rasional 1*sebabnya klau pinggan korang kering kan ke susah nak basuh pinggan nanti. nak kene guna steelwool la pulak. jadi eloklah titiskan sikit air minuman kita tu kat ats pinggan selepas makan supaya sisa nasi tu tak jadi kering.

pantang 6*

jangan biar kan tangan korang tu kering lepas makan. yelah sibuk sangat berborak sampai lupa nak bansuh tangan. nanti mak mertua lariii.

rasional 1* sebab nanti mak mertua ingat hangpa ni pemalas, nak basuh tangan pon lambat. lagi satu kalau tangan tu kering. nanti susah nak cuci. dan dan bau sambal belacan pon melekat. takpasal2 kne pakai losyen baby johnson nanti. hehe

pantang 7*

mak slalu cakap makan nasik smpai habis supaya dapat suami dan isteri yang soleh. even kalau nasik tu tinggal sebutir je lagi, kau wajib habiskan.

rasional 1* maka aku dan adik2 akan makan smpai habis sebab nak dapat suami yang soleh. padahal mak suruh habiskan sebab taknak membazir. kan pembaziran amalan syaitoooonn . hihi.

oke sekian sahaja. perasan tak sume pantang2 tu berkaitan makan? haha. sebab aku suka makan.


entry ni adalah cadangan drpd my lalang iaitu farah ain.
so fain n u alls hope enjoy reading this.
aku mc harini. demam. sob sob.

1 comment:

  1. yang part pakai mechanical pencil tu kelakar. entri yang menarik dan penuh hikmah. :) pantang-larang tu betul,cuma sebab orang2 tua bagi tu yg tak betul.hahaha

    ReplyDelete