Tuesday, May 8, 2012

salam yang betul

assalamulaikum cinta :)

salah satu kebaikkan facebook ialah cepat dan pastas dalam menyampaikan berita. tak kesah la berita baik ke buruk ke, info islamik sampai la ke info yang mengarut2 kalau kita baca kena pikir 100 kali ehhhh betul ke tak ni ehh? haaa :) berikut adalah cara memberi SALAM dengan BETUL. kadang benda simple macam ni tak diambil berat sangat padahal itu lah yang PALING PENTING :)


semasa menjawab salam,ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”

dan bukannya ;

“WAALAI KUM SALAM”



Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh ler. Dan bukannya :

“Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!



Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. j
ika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.



Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu."



diharap ia info yang berguna untuk korang and aku jugak. happy reading. as salam :)

No comments:

Post a Comment